Media sosial sebagai medium penyampai dakwah

 

Media sosial sebagai medium penyampai dakwah

Pengenalan :

DALAM era zaman globalisasi kini yang mendedahkan masyarakat terhadap kemajuan teknologi yang pesat dengan kepantasan internet tanpa had, dapat lihat bahawa media sosial adalah salah satu medan dakwah yang penting dan sesuai dilakukan untuk meningkatkan dakwah Islam. Konsep dakwah merupakan aspek penting bagi mencapai kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan. Berkait dengan itu, pendekatan media sosial mampu membuahkan hasil yang baik dalam berdakwah terhadap masyarakat umumnya.
     
Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan melalui aplikasi-aplikasi tertentu seperti Facebook, Twitter dan Wechat. Media sosial juga merangkumi blog, forum dan rangkaian sosial. Dakwah pula merupakan suatu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam.

Peranan dan kelebihan media sosial :
Populariti laman sosial seperti Facebook, Twiter dan sebagainya menyebabkan timbulnya usaha untuk membangunkan jaringan sosial tempatan yang sesuai dengan kandungan dan pengguna di Malaysia ini memberi satu alternatif baru dalam interaksi dan komunikasi melalui ruang maya. Secara amnya, kewujudan laman web rangkaian sosial telah digunakan oleh semua peringkat lapisan masyarakat tidak kira sama ada golongan pelajar, surirumah, para pekerja sektor awam mahupun swasta. Oleh itu, kemunculan media baru khususnya media sosial pada masa kini dilihat sebagai satu wadah penting untuk berdakwah dalam kalangan rakyat Malaysia. usaha dakwah melalui Internet perlu diberi keutamaan berbanding penggunaan media tradisional. Ini kerana penyampaian mesej dakwah itu boleh merentasi sempadan seterusnya mampu mensasar kepada bukan sahaja orang Islam malah segenap lapisan bangsa. Melalui penggunaan media, pelbagai keperluan semasa umat Islam dapat dicurahkan oleh umat Islam itu sendiri mengikut citarasa kontemporari yang sesuai dengan ajaran Islam dan yang sentiasa menjadi pilihan alternatif umat Islam sekarang.

Walau bagaimanapun, antara kelebihan laman web sosial yang menjadikannya sebagai pilihan pengguna internet hari ini adalah disebabkan penawarannya mencipta personal maya dalam setiap profil pengguna serta sebagai bentuk komunikasi dengan pelbagai aktiviti. Ini membolehkan pengguna bergerak secara aktif dalam komunikasi maya dan berkongsi idea secara individu. Selain itu, para pengguna bebas bersuara dan melontarkan pandangan melalui tulisantulisan mereka di laman-laman sosial. Selain daripada itu, laman jaringan sosial yang muncul kebanyakkannya menawarkan fungsi yang sama iaitu sebagai tempat untuk bertemu sahabat baharu, mengekalkan persahabatAn, berkongsi maklumat dan idea untuk tujuan peribadi mahupun tujuan perniagaan serta menyatukan orang ramai. Ini jelas menunjukkan kelebihan media sosial yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam menyebarkan mesej Islam kepada seluruh masyarakat di Malaysia mahupun merentasi sempadan dunia. Peranan penggunaan laman web sosial untuk menembusi benteng sasaran dakwah remaja yang gemarkan gajet teknologi pelengkap interaksi sosial mereka seperti melalui Facebook, Twitter mahupun Myspace dilihat sebagai faktor kepada pengimplementasian dakwah alaf baharu tanpa kita menafikan dakwah secara klasik yang dilakukan oleh baginda Rasullah S.A.W .



Peranan generasi muda dalam berdakwah:
Generasi muda perlukan bimbingan untuk terus melayari kehidupan berpaksikan kepada kehendak agama. Namun, kaedah biasa seperti bimbingan melalui komunikasi bersemuka atau menghadiri kelas khusus di sekolah, institusi latihan dan masjid mungkin kurang berkesan. Biasanya generasi muda yang menyertai kelas seumpama itu agak terhad. Mereka berasa tidak selesa atau tidak berkesempatan untuk menghadirinya. Tambahan, situasi biasa orang muda tidak suka kepada sesuatu yang diadakan secara formal kerana sukar untuk memberi komitmen dan pengurusan masa. Jadi, cara alternatif perlu disediakan untuk menjadi medan bagi remaja mendapatkan sesuatu yang bermanfaat untuk dijadikan panduan hidup. Umum ketahui, landasan paling sesuai untuk berkomunikasi dan mendekati generasi muda ialah di internet dan laman sosial. Anjakan paradigma usaha dakwah secara maya membolehkan dakwah itu sampai kepada semua golongan di mana sahaja mereka berada. Ini bersesuaian dengan hobi generasi muda yang lebih banyak menghabiskan masa di laman sosial. Justeru, kita perlu memanfaatkan sepenuhnya internet untuk melakukan dakwah secara tidak langsung.

Dakwah maya lebih terbuka dan tidak mensyaratkan seorang pendakwah mahir dalam komunikasi, sebaliknya yang lebih utama ialah ilmu yang disampaikan. Sabda Rasulullah SAW: "Sampaikan daripadaku walaupun hanya satu ayat." (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi) Namun, tidak semua boleh menjadi pendakwah khususnya dalam menyampaikan ilmu agama. Orang yang berdakwah mestilah mempunyai ilmu mengenai apa yang disampaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku (agama), aku dan orangyang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah SWT dengan hujah yang nyata (ilmu). Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang yang musyrik." (Surah Yusuf, ayat 108) Penyebaran ilmu atau maklumat yang tidak tepat akan merosakkan niat murni untuk berdakwah. Namun, ia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk sesiapa ingin berdakwah di internet. Banyak usaha yang boleh dilakukan untuk melaksanakan tugas itu.


Stastistik pengguna platform laman sosial :





KEWAJIBAN DAKWAH
1) مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرٍ فَاعِلِهِ (رواه مسلم)
“Barang siapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melaksanakannya”
· HUKUM BERDAKWAH
1) اَنْفِذْ عَلَى رَسُلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحَتِهِمْ ثُمَّ اُدْعُهُمْ إِلَى الإِسْلاَمِ وَأَخْبِرْهُمْ بـِمَا يَجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ حَقِّ اللهِ فِيْهِ فَوَاللهِ لِأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُوْنَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ ) (رواه البخارى)
“Ajaklah mereka memeluk Islam dan beritahu mereka apa-apa yang diwajibkan atas mereka yang berupa hak Allah di dalamnya. Demi Allah, Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran engkau, adalah lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah”
· METODE DAKWAH RASULULLAH

1) أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يا عائشة: إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ ماَ لاَ يُعْطِي عَلَى العُنْفِ وَماَ لاَ يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ. (رواه مسلم) “Sesungguhnya Allah Maha lembut, mencintai kelembutan, dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar”

· MEDIA DAKWAH RASULULLAH
1) نَضَّرَ اللهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَهُ فَرُبَّ مَبْلَغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ (رواه الترمذى عن ابن مسعود) ”Allah mengelokkan wajah seseorang yang mendengar sesuatu dari kami lalau disampaikannya sebagaimana yang ia dengar. Sebab, banyak yang menyampaikan lebih
menjadi lebih sadar daripada yang hanya mendengarkan”

KESIMPULAN
Pelbagai cabaran wujud dalam menelusuri arus kemodenan hari ini dan para pendakwah tidak seharusnya “berpeluk tubuh” sahaja. Ledakan teknologi komunikasi dengan kemudahan internet yang tersedia memberi ruang kepada para pendakwah untuk berinteraksi dengan masyarakat secara atas
talian dengan mudah. Pada hari ini, dakwah haruslah lebih praktikal dan menggunakan wasilah yang ada dalam usaha mengembangkan Islam kepada masyarakat. Oleh kerana masyarakat kini lebih Pelbagai cabaran wujud dalam menelusuri arus kemodenan hari ini dan para pendakwah tidak seharusnya “berpeluk tubuh” sahaja. Ledakan teknologi komunikasi dengan kemudahan internet yang tersedia memberi ruang kepada para pendakwah untuk berinteraksi dengan masyarakat secara atas talian dengan mudah. Pada hari ini, dakwah haruslah lebih praktikal dan menggunakan wasilah yang ada dalam usaha mengembangkan Islam kepada masyarakat.
RUJUKAN
1.https://lamansosiamediumdakwahl99.blogspot.com/
2.https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/media-sosial-sebagai-inisiatif-perkasa-dakwah/
3.http://journalarticle.ukm.my/6771/1/35-94-1-SM.pdf
4.https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/07/67660/berdakwah-menerusi-alam-maya-tarik-perhatian-generasi-muda





KUMPULAN 2
AHLI KUMPULAN
1.Muhammad izzat bin sapingi (02DKA20F1089)
2.Luqman hakim firdaus bin mazlan (02DKA20F1125)
3.Anas nabihan bin norazahar (02DKA20F1127)
4.Mohamad rohi bin mohamad azroqi (02DKA20F1113)
5.Muhammmad putera haikal bin mohd rosly (02DKA20F1085)


Comments

Popular posts from this blog

SUKAN DAN PERPADUAN