Posts

Showing posts from June, 2021

Media sosial sebagai medium penyampai dakwah

Image
  Media sosial sebagai medium penyampai dakwah Pengenalan : DALAM era zaman globalisasi kini yang mendedahkan masyarakat terhadap kemajuan teknologi yang pesat dengan kepantasan internet tanpa had, dapat lihat bahawa media sosial adalah salah satu medan dakwah yang penting dan sesuai dilakukan untuk meningkatkan dakwah Islam. Konsep dakwah merupakan aspek penting bagi mencapai kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan. Berkait dengan itu, pendekatan media sosial mampu membuahkan hasil yang baik dalam berdakwah terhadap masyarakat umumnya.       Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan melalui aplikasi-aplikasi tertentu seperti Facebook, Twitter dan Wechat. Media sosial juga merangkumi blog, forum dan rangkaian sosial. Dakwah pula merupakan suatu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syaria